holla holla :)
quite some time since my last update. huh, remember my last entry?
bercakap tentang seorang anak Adam yang membuatkan tidur tak lena, mandi pun tak basah, makan bertambah lapar...eh? Dan membuatkan kepala ku pusing sendiri kerana perhubungan kami yang sekejap on, sekejap off.
Recently, betul-betul recently..lebih kurang seminggu dua yang lalu, kami kembali keep in touch. Perhubungan kembali on. Dia menghubungi hampir setiap hari. Jika tidak cukup hanya dengan berbalas SMS, dia pasti akan call. ^__^ Hati berbunga-bunga bagai berada di dalam taman bunga yang dihiasi beratus-ratus tulip berwarna-warni.
Seriously, memang berbunga!
Sempat bertanya, adakah dia serius dalam relationship ini? Jawapannya tidak pula ku ingat, tetapi yang pasti bunga-bunga ayatnya melambangkan seperti dia beriya. Dan hati makin berbunga-bunga... Terasa bahagia yang amat sangat, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Senyuman lebar menyerlahkan segalanya.
Tapi, pelangi yang indah rupanya tidak sampai ke petang. Adakalanya jangan terlalu seronok meredah lautan bahagia. Kelak hati sendiri yang akan merana dan terluka. Lukanya takut tidak dapat dirawat lagi kerna telah berkali-kali ditujah.
Masuk hari ini, sudah 3 hari dia lansung tidak menghubungi aku. Tidak walau satu SMS mahupun missed call ku terima daripada si dia. 2 pucuk mesej ku kirimkan tidak berbalas, satu kali panggilan aku lontarkan tidak berangkat. Aku tidak mahu mencuba lebih dari itu, kerana sekiranya berkali-kali nampak desperate pula. Aku bukan lagi gadis remaja yang gedik dan gila-gila. Aku tidak mahu jadi gila gedik, walaupun kadangkala gila itu perlu untuk lari dari tekanan dunia dan gedik itu.....err.. itu memang tidak perlu pun.
2 mesej dan satu panggilan tidak berjawab. Cukuplah dia tahu aku pernah cuba menghubunginya, dan bila dia tidak membalas aku harus berundur seketika, tarik nafas dalam-dalam dan bertenang untuk sementara. Ambil masa fikirkan apa lagi silap diri. Di mana lagi yang tidak kena.
Bertenang? Aku tak mampu untuk bertenang. Bila dia melakukan perkara sama yang pernah dilakukannya sebelum ini, aku jadi pening. Kenapa berulang kembali kisah ini? Aku cuma mahu bahagia, aku tak mahu terseksa semula. Dan sekali lagi, aku tak faham LELAKI! Kenapa mereka suka mendera perasaan seorang wanita seperti AKU? Bukan mudah untuk aku buka semula hati yang terluka dan tertutup ini. Cukup ku jaga supaya tidak terdera dan merana semula.
Bila dah terbuka luas untuk dirinya, mengapa kini dia menyepikan diri pula?
Mungkin bagi kalian semua.."Alahai, baru 3 hari."
3 hari itu sebenarnya sudah cukup lama mengikut pengalaman yang lalu. Itulah permulaannya. Tunggulah selepas ini. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan dia lansung tidak menghubungiku semula. Ya, sebelum tibanya tempoh itu.. mungkin aku sendiri sudah tidak mampu untuk menahan air mata dari jatuh berderaian.
holla holla ^__^
you are my precious followers! thanks for stopping by..
kita boleh borak apa saja :)
Total Pageviews
Teacher Srina
holla people of the world :)
Popular Posts
-
Haii haii.... :) Hari ni aku rasa dalam dilema. Dah berhari-hari aku fikirkan apa yang patut aku lakukan. Aku pernah sangat-sangat merin...
-
i realized something today, when i listened to love songs or favourite songs, be it happy or sad songs..i'll be thinking of the people d...
-
I have a confession! I am currently obsess. Obsess of a guy..named..YOU I need to confess I am so obsess I am not obese Not even a beast But...
-
holla holla :) quite some time since my last update. huh, remember my last entry? bercakap tentang seorang anak Adam yang membuatkan tidu...