Sikap Seorang Adam

Haii haii.... :)

Hari ni aku rasa dalam dilema. Dah berhari-hari aku fikirkan apa yang patut aku lakukan.
Aku pernah sangat-sangat merindui dia ...pada satu ketika. Aku jadi gila bayang dan resah seharian bila tiada jawapan SMS daripada si dia. Aku dah mula menyukai dia.

Tapi setelah berlakunya satu insiden ni, aku rasa sangat-sangat kecewa dengan dirinya dan dah mula menyingkirkan perasaan rindu dan suka padanya. Bukannnya aku memilih atau cerewet. Aku pernah jadi begitu cerewet dan memilih, tapi kini aku berada dalam keadaan di mana aku sudah tidak kuasa lagi hendak menjadi cerewet. Aku terima seadanya apa yang ada pada dia selagi dia juga terima aku seadanya. Aku tidak kisah kalau dia seorang yang sibuk dengan kerja. Aku tidak kisah jika dia sibuk dengan keluarga. Aku juga tidak kisah jika dia sibuk dengan urusan peribadi. Tapi yang aku kisah bila dia tidak pernah sibuk untuk mengambil tahu tentang diri dan keadaan aku. 

Aku hanyalah manusia biasa. Dan aku juga seorang wanita. Aku ada hati dan perasaan yang sangat mudah tercalar. Mungkin dia berbeza jantina, itu mungkin alasan mengapa dia tidak dapat memahami aku. Tetapi hati dan perasaan setiap manusia walaupun ada sedikit berbeza tapi dasarnya pastinya sama. Ingin mencintai dan dicintai. Ingin merindu dan dirindu.. Tentu merasa kecewa bila orang yang ditunggu tidak kunjung tiba atau si dia yang dinanti tidak membalas kiriman SMS kita. 

Aku pasti dia juga pasti akan merasa sesuatu bila aku tidak mengangkat panggilan telefonnya atau membalas SMS yang dihantarnya. Sama ada kecewa, gembira atau tertanya-tanya, aku tidak pasti. Tapi takkan dia tidak kisah pula? Pasti ada rasa sesuatu kan? 

Seperti aku yang tertanya-tanya kenapa dia tidak membalas SMS aku? Rasa kecewa bila dia lansung tidak menghantar khabar berita, rasa gelisah bila telefon berkali-kalli tidak diangkat. Itulah yang aku rasa saban hari ketika aku sedang sarat merindu dia.

Yang paling aku kesalkan, dia lansung tidak kisah dan tidak ralat bila tidak menjawab panggilan atau SMS aku.... Sebaliknya cuma menghubungi aku bila perlukan sesuatu... Inikah sikap sebenar seorang lelaki? 
Aku memang tak faham dengan lelaki... dan aku pastinya tak faham dengan sikapmu.

Yang buat aku dalam dilema sekarang ini ialah sama ada untuk meneruskan hubungan ini atau berhenti setakat di sini saja. Aku tak sanggup menanggung rindu yang tidak berkesudahan. Aku tak sanggup menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku perlukan kata putus yang dapat memberikan aku kekuatan untuk menunggu dia. Aku ingin bertanya sendiri kepada si dia tapi aku malu...aku takut...dan aku tak pasti adakah aku punya kekuatan untuk mendapatkan jawapan sebenar daripada dia....

Patutkah aku bertanya kepada dia atau patutkah aku putuskan sahaja perasaan ini??


holla holla ^__^

you are my precious followers! thanks for stopping by..
kita boleh borak apa saja :)

Total Pageviews

Teacher Srina

Teacher Srina
holla people of the world :)

Popular Posts

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Copyright © / my real life: its me

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger